Haa, kalau itu pun tak tahu, parah nyah oi. Malah kalau ditanya budak hingusan yang masih menghisap lolipop, diorang pun boleh jawab yang 16 Mei tu Hari Guru. Jangan nak dikeparatkan sangat nak dibuat isu Hari Guru haram ke tak haram kat sini. Ai malas nak layan okay. Yu ol boleh berforum perdana jauh-jauh *cakap gaya Datin Sally*
Alkisah maka tersebutlah kisah, Rabu haritu aku dengan takde plan apanya menonong je pergi ke SAS terchenta. Maklumlah, orang tengah sibuk exam. Selasa tu dah la ada paper Tipah oi. Can you believe it or not? Nasib baik la next paper Selasa depan. Gabungan mantap padu Accounting Paper 1 di sebelah pagi dan Economics Paper 2 di sebelah petangnya. Maka aku pun ambik la kesempatan yang ada untuk menziarahi sekolah yang takde la lama sangat dah tinggal tu kan *baru hujung bulan 3 haritu pergi*
Sebab malas nak menyusah di kemudian hari, maka aku pergi dengan Dolah je. Sanggup kitorang naik LRT transit ERL kat KL Sentral. Kau bayangkan pergi balik lebih RM 25 habis duit tambang je T.T Punya la semangat aku nak pergi tu pukul 5 pagi dah terjaga dari tidur. Apa boleh buat kan. Hamek kau dalam ERL masing-masing dah mula tersengguk ala-ala budak tahfiz yang kat pondok tu. Nasib baik tak ramai orang time tu dapat jugak la duduk.
Sampai je sekolah pukul 9 lebih, kitorang yang dengan shaiton berbakul-bakul hinggap kat kelopak mata pergi surau dulu untuk melepaskan penat. Sejuk-sejukkan badan dulu. Punya la sedap berguling-guling kat karpet sampai la Kimi telefon cakap dia pun dah sampai. Fuhhh. Penantian yang berakhir. Sedap nak berangkat ke blok pentadbiran tiba-tiba pulak dapat message dari makhluk yang tidak dikenali nombor. Rupanya Acap la hai. Terkejut bukan kepalang. Ingatkan ada stalker mana dapat nombor *bajet retis kejap* Kitorang pun ajak la dia mai sekali.
Sampai je bilik guru, misi melobi pun bermula. Penat ai tell yu nak melobi semua cikgu. Nak tak nak kena cuba jumpa semua jugak. Tak nak la ada hati yang terluka pulak nanti. Tak berkat ilmu nanti hoi. Dekat bilik guru bawah je sampai dekat dua jam kitorang jumpa cikgu-cikgu tanya khabar, wish hari guru bagai walaupun tak dapat nak bawak buah tangan. Ampun banyak-banyak ye cikgu-cikgu. Kami datang pun tak plan sangat. Main terjah je. Hihihi
Habis bilik guru bawah, Mozack pulak tiba-tiba cakap nak refill tenaga dulu. Maka dengan muka yang segan bertembokkan konkrit berketebalan dua meter, kitorang pun pergi je la join cikgu-cikgu yang ajak makan kat foyer bilik guru atas. Masa tu pun sempat bersembang sakan lagi tau Tipah. Macam-macam ragam cikgu-cikgu yang mengajor kitorang ni. Celoteh tak payah cakap. Patut la sampai sekarang masih boleh survive mengajar kat tempat tu. Masing-masing dah rasa macam keluarga besar. Ramah mesranya tak perlu kot aku nak describe. Masing-masing sila faham.
Habis je makan, baru la kitorang tahu yang haritu cikgu-cikgu semua boleh balik awal. Adoi. Tup tup bilik guru atas tu dah lengang masing-masing kejar urusan lain. Adeh. Sempat jumpa berapa orang cikgu je yang bilik guru atas. Menyesal pulak tak tahan dulu nafsu makan tu \(ToT)/
Kimi yang datang dengan Mozack pun cabut balik Shah Alam sebab exam sudah dekat. Orang buat professional paper la kata. Hebat gitu. Maka aku, Dolah dengan Acap pun kononnya nak tengok wayang lepas sembahyang Zohor. Orang Texas nak belanja kata. Hehe. Sayangnya semua cerita lambat sangat, paling awal pukul 3.30. Maka kami pun bersarang la kejap kat McD Alamanda sekadar untuk melepaskan perasaan mogok sebab takde wayang timing best. Pekena fries dengan jus oren je la yang mampu. Baru makan kot sebelum tu.
![]() |
| Ni la orang yang pergi Texas diam-diam. Balik Malaysia cuti semester pun tak gheti nak bagitau -..- |
![]() |
| Salah angle la bro -..- |
Sebenarnya takde la apa sangat yang best bagi aku pada 16 Mei haritu. Tapi dapat jumpa cikgu-cikgu (walaupun ramai tak sempat jumpa), wish Hari Guru secara face-to-face rasa puas sebab bukan selalu dapat jumpa cikgu. Teringat macam-macam kisah masa masing-masing sibuk pulun SPM dulu. Alkisah sebelum tu semua terbongkar jugak. Hahaha. Sempat bergosip lagi *aku dan gosip memang sebati*
Al-the-very-conclusion, sayangilah orang yang tersayang. Kalau anda tidak menyayangi orang yang tersayang, masakan mereka akan jadi orang yang tersayang. K tak lawak.







